Skip to main content

Bola Sepak

Musim belum bermula, Liverpool sudah belasah Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool-manchester-unite.jpg
LIVERPOOL 3 MANCHESTER UNITED 0

Liverpool mempamerkan persembahan penuh klinikal untuk menewaskan Manchester United dalam perlawanan persahabatan pramusim sebentar tadi.


Fabio Carvalho, Curtis Jones dan Kostas Tsimikas mencetak nama selaku penjaring buat pasukan kendalian Arne Slot menentang Red Devils, yang mencipta banyak peluang tetapi kini memasuki aksi Perisai Komuniti selepas kekalahan ketiga dalam lima perlawanan musim panas ini.

Permulaan bertenaga dalam suasana ceria di South Carolina, menyaksikan kepada gol pembukaan Liverpool yang disempurnakan Carvalho.

United berusaia untuk menghasilkan dengan beberapa gerakan cemerlang diusahakan oleh Marcus Rashford namun dua percubaannya tersasar dengan satu lagi ditepis keluar Caoimhin Kelleher.

Malang terus menemui United apabila Mohamed Salah melakukan hantaran mudah yang disempurnakan Jones. 

Bersambung dalam separuh masa kedua, United terus ketinggalan apabila Tsimikas memastikan kedudukan 3-0 sehingga tamat perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video