Dusan Tadic mengakui dia mungkin telah menonton terlalu banyak klip video Zinedine Zidane selepas bintang Ajax itu mempamerkan aksi hebat yang mampu membuatkan legenda Real Madrid itu bangga untuk menyingkirkan juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah tersebut.
Tadic mengetuai Ajax mengatasi juara tiga musim berturut-turut, Madrid, di Santiago Bernabeu selepas gergasi Belanda itu melengkapkan kemenangan agregat 5-3 awal pagi tadi untuk mara ke suku akhir.
Pemain Serbia itu meniru aksi Zidane ketika jaringan pembukaan pada minit ketujuh apabila pusingan badan yang bijak membolehkannya mengatasi Casemiro dan membuka ruang buat Hakim Ziyech.
Tadic juga mencipta gol buat David Neres 11 minit kemudian sebelum dia sendiri menyumbat jaringan yang akan diingati selepas setengah jam dan Lasse Schone mengesahkan kemenangan selepas Marco Asensio menghasilkan gol sagu hati.
Dijual oleh Southampton sebelum saingan musim ini bermula, Tadic jelas begitu menyinar untuk membantu Ajax memadamkan defisit kekalahan 2-1 dalam aksi pertama.
"Ini mungkin aksi bola sepak terbaik pernah saya tampilkan," kata Tadic.
"Kami menewaskan kelab terbaik dunia. Saya sangat bangga dan saya rasa kami membuatkan ramai bangga.
"Dalam bola sepak, anda perlu tenang dan menikmati permainan."
"Kami memiliki pasukan yang baik dan juga mempamerkan aksi bola sepak yang menarik.
"Zidane sentiasa pemain kegemaran saya. Mungkin saya menonton terlalu banyak video tentangnya."