PSG 3 NANTES 0
Thomas Tuchel bergurau dengan mengatakan tabiat pemakanan Marco Verrati mungkin sudah berubah ketika dia cuba untuk menggambarkan jaringan menakjubkan oleh pemain tengah itu yang membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Nantes 3-0 dalam separuh akhir Coupe de France di Parc des Princes, awal pagi tadi.
PSG, yang turun tanpa Neymar, Edinson Cavani, Angel Di Maria dan Thomas Meunier, mara ke final Coupe de France kelima berturut-turut -- untuk bertemu Rennes -- hasil jaringan Verratti, Kylian Mbappe dan Dani Alves.
Sebelum ini, Verratti melalui 58 perlawanan tanpa jaringan, namun selepas membantu Itali menewaskan Liechtenstein 6-0 minggu lalu, dia menghasilkan jaringan cantik dari luar kotak penalti dalam aksi di Paris itu.
"Saya tidak pasti apa yang sedang berlaku kepadanya," kata Tuchel dalam sidang media.
"Mungkin dia telah makan sesuatu ketika beraksi dengan skuad kebangsaan negaranya!
"Ia amat diperlukan memandangkan kami kekurangan pemain yang berbahaya hari ini.
"Saya amat gembira. Kebiasaannya dia hanya akan melakukan hantaran di depan gawang," katanya.
PSG, yang kini berkelebihan 20 mata di puncak Ligue 1, tidak terlalu bernasib baik dalam perlawanan itu di mana Mbappe mensia-siakan sepakan penalti yang diselamatkan penjaga gol Nantes, Ciprian Tatarusanu, sebelum dia menyudahkan peluang sama, lima minit kemudian.
Marquinhos pula terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dalam babak pertama untuk menyertai senarai kecederaan pasukan itu ketika ini.
Neymar sudah mula berlatih semalam dan Tuchel mendedahkan betapa kritikalnya krisis kecederaan yang melanda pasukannya.
"Ia amat teruk.
"Kami kehilangan terlalu ramai pemain tonggak, namun kami masih meraih kemenangan setiap tiga hari dan kami perlu berusaha keras, ia tidak akan berhenti.
"Bagaimanapun, amat mustahil untuk merancang minit permainan setiap pemain.
"Pemain kami terlalu kerap digunakan dan mereka berdepan risiko yang amat besar," tambahnya.
Dikhabarkan Tuchel akan ditawarkan kontrak lanjutan oleh PSG walaupun pasukannya disingkirkan Manchester United dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Ditanya mengenai perjanjian baru itu, Tuchel membalasnya dengan senyuman: "Saya tidak boleh mengesahkan apa-apa lagi. Anda semua perlu tunggu."