Skip to main content

Bola Sepak

MSSM: Terengganu ranapkan impian 65 tahun Selangor bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ter.jpg
Perlawanan final bola sepak B-18 yang dijangkakan akan didominasi Majlis Sekolah Sukan (MSS) Selangor selepas prestasi di separuh akhir ternyata berbeza apabila MSS Terengganu terlebih dahulu berada dihadapan menerusi Wan Muhammad Ameer yang dimanfaatkan kesilapan pertahan kiri lawan.

Menambah derita MSS Selangor lagi apabila Muhammad Harith Safwan menggandakan kedudukan dalam babak kedua, namun meskipn terdapat bibit kebangkitan apabila Muhammad Hazreen Hazimi merapatkan kedudukan menjadi 2-1 buat selangor menerusi voli kencang.

Drama berlaku di minit akhir apabila selangor dihadiahkan sepakan penalti dan ia disempurnakan Vincenzo Oliveo untuk memaksa perlawanan terus ke penentuan sepakan penalti.

Begitupun, penentuan penalti itu didominasi Terengganu sekali gus meranapkan impian Selangor untuk muncul juara selepas 65 tahun.

"Keterujaan itu terasa seperti saya berada di atas padang pada 10 tahun lalu apabila pernah mengenggam piala MSSM." kata jurulatih MSS Terengganu, Asman Ismai.

"Saya sangat berpuas hati dengan pasukan, mara ke final satu bonus. Cuma pasukan B-18 selama 65 tahun pasukan Selangor tidak pernah menjuarai. Ia masih lagi tertangguh tetapi saya yakin akan kebangkitan Selangor." tambah jurulatih MSS Selangor, Matdinos Talib.

Advertisement

Must Watch Video