'Perlawanan tumpuan yang datang lebih awal' -- itu mungkin ungkapan terbaik buat pasukan MSS Selangor dan Johor yang ditakdirkan bertemu di separuh akhir bawah 18 tahun Kejohanan Bola Sepak MSSM 2025.
MSS Johor hadir selaku penyandang juara terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi bek kanan, Muhammad Rizzqin Uqail untuk mereka memimpin perlawanan dengan satu gol di hadapan.
Bagaimanapun, drama perlawanan mula memuncak ketika permainan menghampir tempoh 40 minit pemain Johor Jeremy Datoon dan pemain Selangor Harith Haiqal Qays Rahalhafizan dilayangkan kad merah memaksa pertukaran strategi diperlukan.
Selangor akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-68, Muhammad Hadif Nor Helme, menghidupkan peluang Selangor untuk merampas tiket final dari Johor.
Penentuan penalti diperlukan dan ia memihak MSS Selangor dengan Mohammad Iman Faiz menyelamatkan dua penalti sebelum Jermain Sow Chun Sui menaringkan penalti terakhir untuk menamatkan badi tiga tahun kepada MSS Johor sekaligus membawa pasukannya ke pentas final.