Misi balas dendam berjaya dilunaskan pasukan adik iaitu Majlis Sekolah Sukan (MSS) Johor B-12 yang merampas gelaran juara daripada MSS Selangor selepas membelasah pasukan lawan 5-2 hari ini.
Perlawanan bermula seimbang apabila Johor terlebih dahul berada di hadapan menerusi Aqil Qqmar sebelum gol penyamaan buat Selangor dijaringkan Ariff Radzuan dua minit kemudian.
Pesta gol bermula apabila Johor berjaya mencetak empat gol untuk meletakkan mereka gah dihadapan pada minit akhir, Selangor mendapat gol saguhati sebelum wisel penamat dibunyikan sekali gus menobatkan Johor sebagai juara kategori B-12 tahun Kejohanan Bola Sepak MSSM 2025.
"Pada 2024 kami naib juara (tewas kepada Selangor), untuk kami sampai ke tahap ini adalah sukar tetapi saya percaya dengan kualiti pemain, saya berpuas hati tetapi mereka masih di peringkat akar umbi.
"Saya harap mereka terus berusaha untuk tentukan tempat mereka di peringkat senior nanti," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih MSS Selangor B-12, Lafizulnizam Abdul Latip, menyifatkan kegagalan pertahankan kejuaraan sememangnya mengecewakan.
Namun, semangat juang anak-anak buahnya yang berjaya melayakkan diri ke final juga satu perkara yang tidak boleh diremehkan, lebih-lebih lagi mereka ini juga merupakan masa depan bola sepak di Negeri Selangor.
"Secara keseluruhan kami telah beri saingan sengit tetapi kesilapan kecil yang menghukum kami, namun saya tetap berbangga dengan mereka yang berusaha sehingga sampai ke tahap ini." tambahnya.
Untuk rekod, dalam aksi separuh akhir B-18 semalam menyaksikan Johor akur tewas kepada Selangor menerusi penentuan sepakan penalt 6-5.