Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho tiada masalah turunkan Shaw

shaw-cropped_15h4ppao2rs9915cp0bjsi080u.jpg
Jose Mourinho menegaskan dia tidak berdepan sebarang masalah untuk menurunkan Luke Shaw jika Ashley Young gagal beraksi menentang Swansea City  malam ini walaupun mengkritik pertahanan England itu sebelum ini.
 
Mourinho mengeluarkan Shaw selepas hanya beraksi selema 45 minit ketika perlawanan Piala FA bertemu Brighton and Hove Albion sebelum menghamburkan kritikan terhadap bekas pemain Southampton itu.
 
Pengendali dari Portugal itu mempersoalkan perwatakan dan kredibiliti Shaw serta mendedahkan bek kiri itu tidak melakukan beberapa arahan yang diberikan.
 
Bagaimanapun, Mourinho menegaskan perkara itu tidak menjadi satu masalah dan jika Young gagal pulih daripada kecederaan ketika mewakili England, dia akan menggunakan Shaw.
 
“Jika Young tidak boleh bermain, Shaw sentiasa satu pilihan. Young boleh beraksi ketika menentang Brighton tetapi saya akan memberikan peluang buat Shaw. Itu tidak menjadi masalah,” kata Mourinho.
 
Dalam masa sama, Mourinho turut memberi komen tentang dakwaan bahawa dia telah menghubungi pengendali Perancis, Didier Deschamps, untuk memantau seorang lagi pemain yang “bermasalah” di United, Paul Pogba.
 
“Tidak benar, saya tidak menghubungi Deschamps. Kali terakhir saya bercakap dengannya adalah ketika beraksi menentangnya.
 
“Saya tidak berbual dengan Deschamps dalam tempoh masa yang lama,” jelasnya.
 

Advertisement

Must Watch Video