Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Mourinho tiada masalah kembali ke Madrid

mourinho-cropped_i4c4eu8lvnyp16331yid6yibs.jpg
Jose Mourinho tiada masalah untuk kembali bersama Real Madrid selaku pengurus, sekali gus menghangatkan spekulasi dia bakal menggantikan tempat Santiago Solari.

Mourinho dan Madrid melalui musim yang bergolak apabila pengendali dari Portugal itu dipecat Manchester United, Disember lalu, sambil Los Blancos bergelut di bawah kendalian dua pengurus.

Solari mengemudi Madrid sejak Oktober tahun lalu dan walaupun dia dilihat mempamerkan peningkatan berbanding ketika Los Blancos dibimbing Julen Lopetegui, penyokong di Santiago Bernabeu tampak sukar untuk memberikan sokongan.

Kekalahan berturut-turut Clasico di tangan Barcelona dalam dua pertemuan di Madrid menyaksikan banyak pihak berasa Solari sukar untuk mengekalkan jawatannya musim depan.

Dan Mourinho yang memenangi LaLiga, Piala Raja Sepanyol serta Piala Super Sepanyol dalam tempoh tiga tahun di Madrid sehingga 2013, dilihat sedia kembali ke Santiago Bernabeu.

Apabila ditanya sama ada dia akan kembali bersama bekas kelabnya itu, Mourinho memberitahu beIN SPORTS: "Kembali ke kelab yang pernah saya sertai? Jika saya fikirkan ia kelab terbaik, struktur terbaik serta memiliki keinginan yang betul, saya tiada masalah.

"Saya rasa ia menjadi satu kebanggaan apabila kelab yang pernah anda berikan khidmat mahukan anda kembali. Madrid adalah kelab ikonik, jadi saya rasa, anda tahu, mereka sudah memenangi 13 trofi Liga Juara-Juara."

Dalam masa sama, Mourinho tampak tidak kesal dengan tempoh sewaktu bersama Madrid sebelum ini walaupun dia mengakhiri khidmat bersama United dengan kekecewaan.

"Satu-satunya kelab yang saya rasakan ada hubungan adalah Manchester United," tambah Mourinho.

"Sewaktu saya meninggalkan pasukan, saya rasa telah capai dan dapatkan peningkatan dalam beberapa perkara tetapi semua kelab saya mengalami perasaan sama di mana saya berikan segalanya."

Advertisement

Must Watch Video