MANCHESTER UNITED 1 SEVILLA 2
Jose Mourinho menafikan bahawa pemain Manchester United mempunyai masalah sikap apabila mereka disingkirkan Sevilla 2-1 dalam Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford, awal pagi tadi.
Sevilla memastikan tempat dalam suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab itu hasil impak segera yang diberikan pemain gantian, Wissam Ben Yedder, yang menjaringkan dua gol.
Walaupun Romelu Lukaku menjaringkan satu gol, United perlu melakukan banyak kerja rumah setelah gagal mengatasi skuad LaLiga itu dalam kedua-dua perlawanan.
Skuad Mourinho hanya membuat tiga percubaan tepat dalam aksi timbal balik di hadapan peminat mereka sendiri tetapi pengurus Portugis itu menolak dakwaan mengatakan United menggunakan pendekatan perlawanan dengan cara yang salah.
"Pemain-pemain bebas sepenuhnya dan kami mempunyai situasi yang baik, satu (peluang) di depan saya pada lewat babak pertama adalah apa yang kami rancang dan ia yang kami mahukan," kata Mourinho kepada BT Sport.
"Kami mempunyai situasi baik dan tempoh yang baik, kami tidak mengawal perlawanan kerana ia dikawal lawan tetapi saya tidak boleh mengatakan ada yang tidak kena dengan pemain saya daripada segi sikap mereka.
"Saya gembira kerana setiap pemain sedih dan mereka tidak menyembunyikan kesedihan ini. Ia mengembirakan saya tetapi kami tidak mempunyai masa untuk membuat drama kerana Ahad ini kami ada perlawanan penting (menentang Brighton and Hove Albion dalam suku akhir Piala FA). "
Kesan Ben Yedder akhirnya menjadi pemisah perlawanan dan Mourinho menerima skuadnya belum cukup berbisa untuk mengalahkan Sevilla.
"Saya fikir gol pertama selalu penting dalam perlawanan ini, bukan hanya kerana keputusan perlawanan pertama, tetapi profil perlawanan," kata Mourinho.
"Kami cuba agresif dan meningkatkan intensiti dari awal dan ia seperti perlawanan Liverpool hujung minggu lalu (ketika United menang 2-1 dalam Liga Perdana).
"Kami tidak menjaringkan gol, mereka mengawal bola, menjadi lebih yakin dengan bola dan mengawal permainan dengan baik.
"Tetapi pada babak pertama, kami tiada masalah, mempunyai peluang yang baik pada babak kedua, mereka menjaringkan satu gol dan dari situ semuanya menjadi lebih beremosi dan sukar.
"Kemudian jaringan kedua menjadikan ia hampir mustahil."