Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho jurulatih terbaik dunia, bukan Guardiola -- Karanka

mourinho-not-guardiola-is-world-s-best-coach-karanka.jpg

Jose Mourinho adalah jurulatih terbaik di dunia, bukannya Pep Guardiola, kata pengendali Middlesbrough, Aitor Karanka.

Mourinho dan Guardiola tiba di Manchester awal musim ini, dengan masing-masing dilantik pengendali United dan City.

Karanka, yang bakal berdepan City dalam suku akhir Piala FA, malam ini, percaya United melantik jurulatih yang lebih hebat.

"Pep bukan jurulatih terbaik dunia. Status itu dipegang Jose Mourinho," dia memberitahu akhabar UK.

"Dia telah membuktikannya di Porto, Inter Milan, Chelsea, Real Madrid dan Manchester United. Dia pengendali terbaik ketika di LaLiga dan dia masih memegang status itu kini.

"Saya tidak pernah berkerjasama dengan Pep tetapi Mourinho yang memulakan musim ini dengan kecaman telah pun membawa United merangkul dua trofi.

"Pada saya, Jose yang terbaik. Pep perlu menjuarai Liga Perdana Inggeris untuk membuktikan dia yang terbaik."

Bagaimanapun, Karanka percaya Guardiola -- yang membawa Barcelona meraih 14 piala -- sudah pun menyesuaikan diri di England.

"Saya rasa dia juga telah sedar bahawa bola sepak di sini cukup berbeza tetapi dia sudah dapat menangani perbezaan itu," katanya.

"Bukan mudah bertandang ke negara berlainan, falsafah bola sepak di sini berbeza.

"Walaupun dia memiliki pemain yang berkualiti tetapi mentaliti di England berbeza."

Advertisement

Must Watch Video