Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho berang United takut di atas padang

jose-mourinho_pgrkot9o282l1886jcsooadxy.jpg
Jose Mourinho menunjukkan rasa tidak gembira selepas anak-anak buahnya gagal mempamerkan aksi terbaik walaupun menang ke atas Brighton and Hove Albion dalam aksi suku akhir Piala FA, awal pagi tadi.
 
Jaringan daripada Romelu Lukaku dan Nemanja Matic membolehkan skuad bimbingan Mourinho itu menempah tiket dalam separuh akhir, namun tatkalah pemain tengah Serbia itu dipuji, Mourinho jelas tidak gembira dengan aksi keseluruhan pasukannya.
 
“Saya memilih untuk menamakan pemain terbaik. Matic adalah seseorang yang memiliki kualiti dan personaliti serta menunjukkan reaksi selepas kekalahan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Dia dikelilingi oleh orang yang melakukan kerja dengan baik.
 
“Sebagai contoh, Scott McTominay beraksi dengan buruk buat kali pertama sejak bemain dengan skuad utama tetapi dia adalah pemain Manchester United, sudah pasti dia akan melakukan kesilapan, gagal menyempurnakan hantaran-hantaran,” kata Mourinho.
 
Bagi pengendali dari Portugal itu, setiap pemain yang mempunyai jiwa yang besar akan sentiasa berfikiran positif dan melakukan perkara asas dengan mudah.
 
“Pemain yang bagus adalah yang berfikir bahawa walaupun tidak dapat beraksi dengan baik tetapi akan cuba melakukan perkara asas untuk mengekalkan posisi serta mencipta keseimbangan selain mengurangkan kesilapan.
 
“Ada juga pemain yang dilihat takut untuk beraksi,” ujarnya.
 
Mourinho dikritik selepas mempamerkan percaturan buruk sehinggan menyebabkan pasukannya tewas di tangan Sevilla minggu lalu, namun dia menegaskan pemain-pemainnya gagal mengikut perancangannya ketika bertemu Brighton.
 
“Ada waktu anda akan melihat segalanya baik, memenangi perlawanan, menjaringkan gol. Semua pemain akan beraksi dengan bagus dan tampak hebat. Dalam waktu lain, mereka semua tidak mempunyai sebarang keyakinan. Ada yang takut untuk memegang bola dan beraksi dengan bagus,” katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video