Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Morata gembira raih dua gol buat Atletico

alvaromorata-cropped_15837yq086dvj10ctbfokjsodu.jpg
Penggempur Atletico Madrid, Alvaro Morata, berkata dia sangat gembira selepas menjaringkan dua gol ketika pasukannya mengatasi Real Sociedad walaupun sebelum ini melalui tempoh sukar di Chelsea.

Morata -- yang dipinjamkan daripada The Blues selama 18 bulan -- kini menyumbat tiga gol dalam dua perlawanan tatkala dua tandukannya membenam Sociedad awal pagi tadi.

Pemain berusia 26 tahun itu bergelut dengan prestasi sebelum berhijrah ke Atletico, Januari lalu dan membuka akaun jaringan ketika berdepan Villareal sebelum menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit awal pagi tadi.

Selepas perlawanan, Morata memberitahu BeIN SPORTS: "Penyerang sentiasa dinilai berdasarkan jaringan tetapi kini saya telah menyesuaikan diri dengan pantas dan baik.

"Saya sangat gembira kerana sebelum ini, saya melalui tempoh sukar.

"Saya pantas menyesuaikan diri. Terima kasih kepada kelab dan rakan sepasukan yang memberikan bantuan."

Jaringan Morata membolehkan Atletico kekal tujuh mata di belakang pendahulu LaLiga, Barcelona, dan pengendali pasukan, Diego Simeone, memberikan pujian buat penyerang Sepanyol itu.

"Apabila kami membawa masuk pemain, kami sentiasa mahu dapatkan sentuhan terbaik daripadanya dan ada yang pantas menyesuaikan diri," ujar Simeone.

"Bukan sekadar jaringan tetapi saya turut gembira melihat usaha yang ditampilkan dan bagaimana dia dapat menyesuaikan diri dengan pasukan.

"Morata bukan budak kecil dan dia telah mencapai syarat yang kami tetapkan untuk dia."

Advertisement

Must Watch Video