Pasukan Ligue 1, Monaco, mengumumkan mereka telah menggantung perkhidmatan pengurus pasukan, Thierry Henry.
Bekas penyerang Arsenal dan Perancis itu gagal menamatkan nasib malang Monaco sejak mengambil alih jawatan itu daripada Leonardo Jardim, Oktober tahun lalu.
Henry menerusi sidang media tergempar semalam mendedahkan dia telah menghalau sebahagian besar pemain sewaktu sesi latihan pasukan utama.
"Anda dapat melihatnya.
"Tidak ramai yang turun berlatih semalam. Kita akan melihat kesannya hari ini.
"Kami perlu melihat reaksi mereka ketika perlawanan menentang Dijon nanti.
"Kami kini sedang berada dalam situasi kritikal.
"Kami sedang memperkuatkan pasukan.
"Pada masa sama, kami memerlukan seseorang yang mampu menyelamatkan kelab ini.
"Seseorang yang tidak mementingkan diri sendiri.
"Kami sedang mencuba untuk mencari jalan penyelesaian.
"Kami akan berperang," katanya.
Bagaimanapun, Monaco menerusi kenyataan ringkas mengesahkan bahawa Henry digantung tugas.
"Monaco mengumumkan keputusan bahawa pengurus pasukan utama, Thierry Henry, telah digantung tugas.
"Frank Pissi akan mengambil alih tugas yang ditinggalkan itu bermula Jumaat ini (hari ini)."
Monaco bergelut untuk melepasi kedudukan relegasi dan ketibaan Henry juga tidak mampu mengubah nasib mereka.
Mereka hanya berkelebihan satu mata di atas pasukan di tangga tercorot Ligue 1, Guingamp, dengan skuad kendalian Henry itu turut tersingkir daripada saingan Coupe de France selepas tewas kepada pasukan Divisyen 2, Metz, kelmarin.
Henry juga dilihat hilang pertimbangan ketika pasukannya tewas 1-5 kepada Strasbourg, awal bulan ini.
Dia didapati melontarkan kata-kata kesat kepada Kenny Lala.
Henry berjaya menandatangani bekas rakan sepasukannya sewaktu bersama Arsenal, Cesc Fabregas, namun kegagalannya memperoleh kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, mungkin akan menamatkan era kejurulatihannya bersama Monaco.
Jardim, yang dipecat pasukan itu pada musim 2016-17, dikhabarkan akan kembali untuk mengambil alih tempat Henry.