Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mengakui momentum pasukannya untuk menghadapi musim baru Liga Malaysia semakin baik menerusi 'eksperimen' yang dilakukannya setakat ini.
Menguji beberapa kombinasi berbeza dalam aksi Piala Harapan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC, gergasi Merah Kuning berjaya menyingkirkan lawan menerusi sepakan penalti 6-5.
Ia selepas aksi sepenuh masa berkesudahan seri tanpa jaringan ketika Cheng Hoe tidak mempertaruhkan hampir semua tonggak utamanya dalam kesebelasan utama.
Sementara itu, jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain, tidak menafikan Selangor lawan yang lebih kuat kerana dibarisi ramai pemain kebangsaan.
Kedah yang beraksi tanpa pemain tengah, Manuel Ott dinafikan peluang ke final setelah dua pemainnya Manuel Hidalgo dan Al-Hafiz Harun gagal dalam sepakan penalti masing-masing.