Skip to main content

Bola Sepak

Mohamed Salah dapat pelepasan awal Mesir

salah.jpg
Mohamed Salah memberikan Liverpool satu rangsangan besar apabila dijangka pulang awal ke pangkalan Liverpool memandangkan dia bakal direhatkan untuk perlawanan persahabatan membabitkan Mesir menentang Liberia, esok. 

Perkara itu disahkan sendiri oleh jurulatih pasukan kebangsaan, Rui Vitoria, bahawa penyerang itu akan menuju ke Merseyside bagi menyambung kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang kunjungan Brighton, Sabtu ini. 

Kesempatan ini akan memberi ruang kepada bintang berumur 30 tahun itu untuk memulihkan diri dan mengembalikan prestasi terbaiknya berikutan sekadar menyumbang tiga gol daripada lapan perlawanan musim ini. 

Mesir gagal layak ke Piala Dunia tahun ini di Qatar, tewas dalam play-off kepada juara Afrika Senegal.

 

Advertisement

Must Watch Video