Luka Modric mengakui Real Madrid rindukan Cristiano Ronaldo tetapi mempertahankan Gareth Bale untuk membantu pasukannya bangkit daripada kekalahan berturut-turut yang dialami di tangan seteru utama, Barcelona.
Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah itu bakal berdepan aksi kedua pusingan 16 menentang Ajax selepas melalui dua kekalahan berturut-turut di tangan Barca di laman sendiri tatkala Barca kini 12 mata mengatasi mereka di puncak liga.
Skuad kendalian Santiago Solari itu kini tewas dalam tiga daripada empat perlawanan bagi semua kejohanan dan Modric ditanya mengenai ketiadaan Ronaldo yang berhijrah ke Juventus awal musim ini.
"Ronaldo adalah pemain yang akan dirindui oleh semua pasukan. Sukar untuk mencari penggantinya. Apa yang telah dia lakukan buat kelab, sudah tentu kami rindukan dia.
"Apa yang kelab lakukan adalah cuba untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan, di mana ia diagihkan kepada barisan depan. Ia tidak mudah. Ronaldo menyumbat 50 gol dan anda tidak boleh mencari pemain yang menjaringkan gol sebanyak itu.
"Ada yang mengambil langkah ke depan, bukan 50 gol tetapi 15 hingga 20 gol daripada tiga orang pemain berbeza. Namun, kami tidak memilikinya. Saya rasa ia adalah masalah terbesar kami tahun ini.
"Sebagai contoh, dalam aksi Piala Raja Sepanyol berdepan Barca, kami memiliki banyak peluang tetapi kualiti yang diraih lawan menghukum kami."
Modric turut menekankan lambakan penggempur berbakat dalam skuad Madrid dan berkata kelab perlu menyatukan mereka bagi menghadapi kempen yang sukar.
Pemenang Ballon d'Or 2018 itu turut mempertahankan Bale untuk kembali ke prestasi terbaik selepas melalui tempoh sukar, termasuk masa depannya yang menjadi bahan spekulasi media.
"Ronaldo tiada di sini tetapi kami tidak boleh merungut mengenainya selama 10 tahun," tambah Modric.
"Kelab telah memberi kepercayaan kepada pemain lain seperti Bale, Marco Asensio, Karim Benzema serta mendapatkan Mariano dan Vinicius Junior. Mereka beraksi bagus walaupun masih muda.
"Bale dalam keadaan baik. Kadangkala, seorang pemain akan memasuki fasa tidak dapat berasa bagus. Semua orang akan melaluinya dan saya juga telah melalui proses itu.
"Dia tampak gembira. Kami tidak boleh lupakan sumbangannya kepada kelab walaupun banyak perkara begitu mudah untuk dilupakan.
"Dia mahu bekerja dan kembali menjadi seperti Bale yang sepatutnya. Banyak yang boleh dia sumbangkan. Dia perlu terus bekerja."