Skip to main content

Bola Sepak

MLS mampu jadi kancah paling terkenal -- Bradley Wright-Phillips

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi.jpg
Bradley Wright-Phillips percaya bola sepak di Amerika Utara boleh menjadi kancah yang paling hangat berikutan perpindahan Lionel Messi ke Inter Miami selain penganjuran Piala Dunia 2026.

Selepas sedekad sejak bekas penyerang Manchester City dan Southampton itu beralih daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Liga Bolasepak Utama (MLS) untuk menyertai New York Red Bulls.

Tahun lalu, Wright-Phillips merupakan penjaring keenam MLS terbanyak sepanjang zaman dan percaya perkembangan bola sepak di Amerika Utara sangat cerah.

Setelah menandatangani perjanjian penyiaran menarik dengan Apple pada 2022, perkembangan MLS turut akan didorong oleh perpindahan Messi ke Miami dan Piala Dunia yang dihoskan bersama Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dalam masa tiga tahun.

“Saya bagaikan tidak percaya apabila kali pertama saya mengetahui perpindahan Messi ke sini,” katanya kepada agensi berita, PA.

 

“Sejujurnya, saya masih tidak memahami apa yang sedang berlaku sehinggalah saya melihat dia berlari di padang MLS.

"Sukar untuk menggambarkannya. Malah, ketika ini ia bagaikan bukan satu realiti. Ia adalah Messi!

“Ini tempoh yang sukar dipercayai. Saya rasa saya bersara pada masa yang sesuai, hanya untuk terlibat dalam apa yang berlaku.

"Jelas sekali dengan kehadiran Messi, kontrak dengan Apple dan penganjuran Piala Dunia pada 2026. Apa lagi yang awak boleh minta?”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video