"Ini laman kita." Itu kata pengendali pasukan The Red Giants, B. Sathianathan, menuntut barisan pemainnnya agar menamatkan badi kemarau kemenangan di Stadium Shah Alam, malam esok.
Sejak tirai Liga Sper musim ini disingkap bulan lalu, Selangor belum pernah meraih kemenangan sebagai tuan rumah apabila sekadar seri sekali dan tewas dua kali di gelanggang keramat mereka itu.
Meskipun Terengganu mendahului mereka dengan tiga mata di tangga keenam, Sathianathan optimis mampu melakar kejutan untuk meraih kemenangan kedua.
"Terengganu sebuah pasukan yang mantap dan ia satu cabaran buat kami esok.
"Kami perlu berwaspada kerana mereka tidak banyak melakukan rombakan pada musim ini," katanya.
Sementara itu, bekas kapten Terengganu, Abdul Latiff Suhaimi, yang pernah menabur bakti bersama skuad Peteh selama dua musim mengenali kekuatan dan kelemahan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu.
Latiff turut percaya kemenangan pertama menentang Kuala Lumpur di Cheras dalam aksi liga sebelum ini telah meningkatkan semangat pasukan menjelang aksi dengan Terengganu itu.
"Saya harap dapat menyumbangkan kemenangan ketika bertemu pasukan lama.
"Lagipun, kami belum pernah menang di laman sendiri lagi musim ini.
"Saya berazam untuk berikan yang terbaik," kata Latiff.