Selangor FC menganggap semua pasukan yang bersaing dalam Liga Super musim ini sebagai 'pengacau' misi mereka untuk layak ke pentas Piala AFC 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, berkata hal ini kerana semua pasukan membuat persiapan rapi bagi mengharungi musim 2023.
"Jadi kami (Selangor FC) tidak boleh memandang rendah kepada keupayaan setiap pasukan.
"Saya nampak saingan Liga Super tahun ini bukan sahaja sengit, malah menarik untuk disaksikan dengan kehadiran 14 pasukan terkuat," katanya dalam Majlis Pemasyhuran Kerjasama Strategik Liga Malaysia 2023 di antara Konsortium E-Mutiara Berhad dan Selangor FC serta Kelantan United FC hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif, Che Ibrahim Che Ismail, dan Presiden Kelantan United FC, Rozi Mohamad.
Menurutnya lagi, Selangor FC perlu memanfaatkan setiap perlawanan dengan memberikan aksi terbaik bagi memastikan mereka tidak keciciran mata.
Ujarnya, Selangor FC mahu layak secara automatik ke saingan Piala AFC melalui saingan Liga Super atau Piala FA.
Dr. Johan memberitahu, persiapan Selangor FC kini berada dalam keadaan terbaik untuk mengharungi saingan musim ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Che Ibrahim berkata untuk musim ini, pihaknya menaja pengangkutan bagi pasukan Kelantan United dan Selangor FC.
"Tajaan untuk kedua-dua pasukan ini membabitkan nilai berjumlah RM1 juta.
"Kami berharap kedua-dua pasukan ini mampu mencipta kejayaan dalam saingan musim ini," katanya.
Kredit: Sinar Harian