Skip to main content

Bola Sepak

MISC-MIFA cepat perbaiki permainan -- Devan

mifa-sabah13218.jpg
Sabah menafikan hasrat tiga mata MISC-MIFA di laman sendiri apabila mengikat pasukan bimbingan jurulatih, K. Devan, itu 1-1 dalam Liga Perdana di Stadium MBPJ, semalam.

MISC-MIFA tidak mahu terlepas peluang membolot mata penuh, namun Sabah memiliki keazaman untuk mencari kedudukan terbaik dalam liga.

Apa yang dihajatkan anak buah Jelius Ating dijelmakan menerusi penguasaan awal babak dan hasilnya mereka membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menerusi Hector Omar Ramos Lebron.

Keadaan itu enggan dibiarkan MISC-MIFA, dengan barisan bimbingan Devan itu menyamakan kedudukan menerusi Thinagaran Baskaran pada minit ke-29.

Memasuki babak kedua, MISC-MIFA lebih mendominasi permainan, namun usaha untuk menambah jaringan kelihatan sukar untuk menyaksikan kedudukan berkesudahan 1-1.

"Walaupun kami bolos lebih awal, kami dapat memperbaiki permainan dan dapat mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi penyudah kami kurang baik malam ini," kata Devan.

Sementara itu, Jelius berkata: "Hari ini bukan satu permainan yang baik untuk kami. Apabila kami mendahului pada separuh masa pertama, pasukan lawan akhirnya dapat menyamakan kedudukan."

Advertisement

Must Watch Video