Skip to main content

Bola Sepak

Minit permainan akan kembalikan tahap terbaik saya -- Eden Hazard

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eden-hazard.jpg
BELGIUM 6 POLAND 1 

Bintang Belgium, Eden Hazard, berasakan dia sudah kembali ke tahap terbaik selepas membantu tuan rumah bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk kemenangan bergaya 6-1 ke atas Poland dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL), awal pagi tadi. 

Bermula saat Robert Lewandowski meletakkan Poland di depan pada minit ke-28, ia hanya menyemarakkan lagi semangat juang Belgium yang memiliki 60 peratus penguasaan bola termasuk sembilan percubaan tepat, malah langsung tidak membenarkan pihak lawan mengatur asakan dalam babak kedua. 

Axel Witsel menjadikan kedudukan 1-1 menuju bilik persalinan sebelum gandingan dinamik The Red Devils bergabung -- Hazard mencipta umpanan buat Kevin De Bruyne untuk mendahului 2-1.

20 minit terakhir menyaksikan Belgium begitu garang menerusi gol berganda Leandro Trossard sebelum Leander Dendoncker dan Lois Openda melengkapkan kemenangan itu pada minit ke-93.

Bercakap kepada RTL Sport selepas kemenangan itu, Hazard berkata minit permainan yang tekal akan menjadi kunci untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

“Saya akan kembali menjadi pemain seperti dulu,” katanya. 

 

"Saya akan menjadi pemain seperti yang dikenali sebelum ini menerusi gabungan perlawanan dan minit permainan. 

“Semangat kami tidak pernah kendur, sama seperti ketika tewas kepada Belanda cuma keputusannya yang membezakan.

"Tetapi memang benar selepas kekalahan minggu lalu, kami saling berbincang dan membuat ketetapan. Tetapi biarlah ia kekal menjadi satu rahsia antara kami.

"Ini satu reaksi hebat daripada pasukan. Kami perlu bertindak balas selepas kekalahan kini ia sudah selesai. 

"Saya fikir ramai orang akan tidur lena, begitu juga dengan saya."

 

Advertisement

Must Watch Video