Skip to main content

Bola Sepak

Mina sedia tolak tawaran untuk kekal di Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yerry-mina-cropped_h8p1ocxfjlkr19fqscs79p7jl.jpg
Yerry Mina mengakui dia menerima beberapa tawaran tetapi lebih cenderung untuk kekal bersama Barcelona dan memenangi perhatian pengendali, Ernesto Valverde.

Pemain antarabangsa Colombia itu mengesahkan  minggu ini bahawa dia kini berhubung dengan Everton mengenai kemungkinan untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 23 tahun itu hanya melakukan lima penampilan dalam LaLiga pada musim lalu dan hanya dua daripadanya berakhir dengan kemenangan, termasuk ketika kekalahan mengejut 5-4 di tangan Levante sehingga mengundang kritikan.

Mina bertekad mahu membuktikan kritikan terhadap dirinya salah tetapi menjelaskan dia akan membuat keputusan selepas tempoh rehat susulan aksi Piala Dunia berakhir.

"Saya menerima tawaran tetapi saya mahu berjaya di Barcelona," katanya.

"Ketika ini, saya menikmati tempoh rehat dan apabila tiba masanya, saya akan membuat keputusan bersama keluarga."

Mina menyertai Barca dari Palmeiras melalui perpindahan bernilai EUR11.8 juta (RM56 juta) pada Januari lalu, dengan  menandatangani kontrak selama lima tahun enam bulan, termasuk klausa perpindahan berjumlah EUR100 juta (RM476 juta).

Dia menjaringkan tiga gol dalam tiga penampilan dalam Piala Dunia bersama Colombia, sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh England ketika pusingan kedua melalui penentuan sepakan penalti.

Advertisement

Must Watch Video