SAMPDORIA 1 AC MILAN 0
Gennaro Gattuso mahukan AC Milan terus percaya bahawa mereka mampu untuk ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan walaupun berdepan dua kekalahan berturut dalam Serie A dengan yang terbaru dikejutkan Sampdoria 0-1 di Genova, awal pagi tadi.
Milan tidak pernah tewas sepanjang 10 perlawanan dan di kedudukan terbaik untuk memburu slot empat teratas sebelum mereka tewas 2-3 kepada seteru setempat, Inter Milan, sebelum waktu rehat antarabangsa baru-baru ini.
Rossoneri terus berdepan satu lagi kesengsaraan di Stadium Gianluigi Donnarumma selepas membenarkan Gregoire Defrel menjaringkan gol kemenangan Sampdoria selepas hanya 33 saat perlawanan dimulakan.
Bagaimanapun, Milan masih kekal di tangga keempat dan Gattuso berkeyakinan pasukannya akan terus berjuang dalam sembilan perlawanan terakhir musim ini.
"Kami dibolosi dalam babak pertama dan tidak bernasib baik dengan insiden itu," katanya kepada DAZN.
"Selepas itu, kami sentiasa memegang bola terlalu lama dan membenarkan mereka untuk kembali ke posisi awal.
"Ia satu kesilapan.
"Kami beraksi lebih baik dalam babak kedua dan telah membuktikan kami pasukan yang baik.
"Kami tewas dalam aksi 'derby' sebelum ini dan gol itu tiba selepas 30 saat.
"Namun, pasukan ini di landasan tepat. Kami telah mencuba dan kini perlu memandang ke depan.
"Perjalanan masih panjang dan masih terdapat sembilan perlawanan lagi.
"Kami perlu meneruskannya dan kekal percaya," katanya.