Skip to main content

Bola Sepak

Mikel Arteta seru Arsenal agar tidak putus harapan

mikel-arteta.jpg


ARSENAL 0 VILLA 2 

Mikel Arteta menyeru pemain Arsenal agar terus berjuang dan setiap detik adalah getir selepas usaha mereka untuk mendakap mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL)} menjadi suram berikutan kekalahan kepada Aston Villa.


Dua gol lewat memberikan skuad kendalian Unai Emery kemenangan 2-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi, secara tidak langsung meningkatkan harapan mereka sendiri meraih kedudukan empat teratas.

Walaupun mendominasi permainan, penyokong tuan rumah dikejutkan dengan jaringan Leon Bailey dan Ollie Watkins dalam tempoh tiga minit 

Mereka gagal mengambil kesempatan atas situasi Liverpool yang terlebih dahulu tumbang kepada Crystal Palace di laman sendiri dan kekalahan liga kelima itu menyaksikan The Gunners tergelincir di tangga kedua -- dua mata di belakang juara bertahan, Manchester City.

Ditanya sama ada dia bimbang musim mengecewakan Arsenal berulang seperti musim lalu, Arteta kemudian memberikan jawapan yang meyakinkan.

“Jika ia berdasarkan satu keputusan maka kami belum cukup handal,” kata pengurus Sepanyol itu yang menyaksikan rekod kebal dalam liga sepanjang 2024 ini lebur.



“Dalam separuh masa pertama, kami menyajikan salah satu persembahan terbaik sepanjang musim ini ketika menentang pasukan yang sangat bagus. 

"Kami sepatutnya menghasilkan tiga atau empat gol atau lebih. Namun, ia tidak berlaku. Momentum berubah seterusnya berubah dalam separuh masa kedua.

“Kami tidak dapat mengawal dan memanfaatkan apa yang kami lakukan dalam babak pertama. Kami melepaskan dua gol yang sangat buruk dan kami tewas dalam perlawanan ini. 

“Tahniah kepada pihak lawan dan kami perlu bangkit. 

"Sekarang adalah masanya adalah untuk terus berjuang dan setiap detik akan diambil kira. 

"Ketika kami menang berterusan selama empat bulan, ia menjadi sangat mudah untuk dilaksanakan. Jadi ini masa untuk melakukannya sekarang.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video