Skip to main content

Bola Sepak

Miguel Cifuentes berkelana ke Borneo?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

miguel-cifuentes.jpg
Khabar angin bertiup kencang ketika ini apabila dikhabarkan tonggak import Kelantan FC, Miguel Cifuentes, bakal meninggalkan The Red Warrior ketika jendela perpindahan dibuka bulan depan. 

Menerusi hantaran di Instagram, 'Cifu' memaklumkan kekalahan 1-4 Kelantan United malam tadi merupakan perlawanan terakhirnya bersama The Red Warriors sambil turut menzahirkan penghargaan buat barisan kejurulatihan, rakan sepasukan serta penyokong.

Destinasi seterusnya yang dikatakan bakal menjadi persinggahan buat bekas pemain Malaga itu ialah Sabah FC.




Jika benar, ianya pasti satu kehilangan besar buat Kelantan yang bergelut bukan sahaja dengan prestasi pasukan, malah turut melibatkan isu luar padang.

Selepas 13 perlawanan, Kelantan menghuni kedudukan tercorot Liga Super hasil satu kemenangan, satu seri serta 11 kali tewas.

 

Advertisement

Must Watch Video