Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjadikan tahun pertama pelaksanaan Program Kawalan Ekonomi (ECP) sebagai medan mendidik semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia musim 2020.
MFL memperkenalkan ECP sebagai usaha menangani masalah kewangan pasukan, khususnya hutang dan tunggakan gaji pemain.
Ia dikuatkuasakan mulai musim ini dan semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana perlu memenuhi syarat yang ditetapkan badan itu.
Namun, aspek penguatkuasaan ECP dalam tahun pertama menimbulkan persoalan ketika semua pasukan sudah berbelanja.
Ia menerusi pengambilan pemain baru sebelum bajet pasukan diisytiharkan kepada badan pentabdir Liga Malaysia itu.
"Program ini bukan mahu mengawal duit orang tetapi untuk memberikan panduan wang yang boleh dibelanjakan.
"Sebagai contoh, daripada jumlah RM10 juta, 70 peratus boleh digunakan untuk pasukan utama dan 30 peratus untuk pembangunan serta pentadbiran.
"Bagi memastikan mereka menggunakan sumber kewangan yang dibenarkan ECP, mereka perlu ikutlah," kata pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ghani Hassan.
Editor: Nafis Abdullah