Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

MFL: Status geran Perlis masih diperhalusi

kevin-ramalingan.jpg
Status geran pasukan Perlis hanya akan diputuskan selewat-lewatnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL), 15 Mac ini. 

Setakat ini, status geran tersebut masih menjadi tanda tanya selepas Perlis disingkirkan daripada Liga Malaysia (Liga-M) bulan lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, menjelaskan pihaknya tidak boleh membuat keputusan sewenang-wenangnya kerana sedang memperhalusi perkara itu. 

Hanya pasukan yang bertanding dalam Liga-M sepatutnya layak menerima geran tersebut, namun atas dasar untuk menyelesaikan hutang lapuk Perlis berjumlah RM700,000, MFL perlu mempertimbangkan perkara itu sebaik-baiknya. 

"Status geran itu akan diketahui selewat-lewatnya 15 Mac ini.

"Namun, status pasukan Perlis kekal sebagai pasukan yang disingkirkan daripada Liga-M seperti mana yang diputuskan sebelum ini.

"Segala keputusan perlu diteliti dengan mendalam dan ia memerlukan sedikit masa untuk kami membuat keputusan," katanya.

Terdahulu, MFL memutuskan menolak rayuan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) untuk terus bersaing dalam Liga Perdana selepas dokumen yang dihantar gagal memenuhi spesifikasi yang diinginkan selain meragui kemampuan Perlis untuk menguruskan pasukan musim ini. 

Advertisement

Must Watch Video