Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Football League (MFL), Shazly Shaik, memberi jaminan bahawa saingan liga musim depan tidak akan melewati perubahan jadual ketara.
Ia menjadi perkara utama yang sedang diusahakan pihak MFL yang mengakui semua pihak terpaksa melalui situsi sukar rentetan jadual yang sering berubah-ubah.
Perkara itu mahu dielakkan sepenuhnya kecuali melibatkan Piala Shoppee serta Liga Juara-Juara Asia 1 atau 2 sebaik penjadualan penuh daripada pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF).
"Ini perkara paling penting yang ditekankan MFL iaitu mengurangkan perubahan jadual terutama berkonsepkan saat-saat akhir," katanya.
Dalam pada itu, MFL masih menunggu jawapan daripada kelab Imegresen berkaitan venue perlawanan musim depan.
Selepas Kerajaan Negeri Kedah menolak hasrat Imegresen untuk menggunakan Stadium Darul Aman, difahamkan pencarian venue mereka masih tertumpu di utara tanah air.
"Kami serahkan kepada Imigresen dan kami difahamkan mereka mencari venue di utara tapi masih belum dapat," katanya.