BARCELONA 5 LYON 1
(Barcelona ke suku akhir dengan agregat 5-1)
Barcelona menempa laluan ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 5-1 ke atas Lyon hasil kerja keras kapten pasukan, Lionel Messi, di Camp Nou, awal pagi tadi.
Selepas perlawanan pertama di Stadium Groupama minggu lalu berakhir tanpa sebarang gol, Messi membuka jaringan di Camp Nou menerusi sepakan penalti sebelum Philippe Coutinho menggandakan kelebihan itu sebelum tamat babak pertama.
Walaupun Lucas Tousart kembali menghidupkan peluang Lyon pada awal babak kedua, Barca tidak terkesan dengan jaringan itu, dengan Messi menjaringkan gol kedua peribadi sebelum Gerard Pique dan pemain gantian, Ousmane Dembele, melengkapkan keputusan perlawanan yang memastikan kemaraan gergasi Sepanyol itu.
Barca tersingkir di peringkat suku akhir bagi tiga musim terakhir mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas menjulang kejuaraan itu pada musim 2014-15.
Namun, dengan penyingkiran nama-nama besar seperti Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG), skuad kendalian Ernesto Valverde itu menantikan undian pusingan suku akhir yang penuh mendebarkan malam esok.
Anthony Lopes bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan awal Messi, namun dia ditewaskan kapten Barca itu dari jarak 12 ela pada minit ke-17.
Jason Denayer menjatuhkan Luis Suarez dalam kawasan penalti sebelum Messi, yang hanya melakukan satu percubaan tepat daripada sembilan secara keseluruhan dalam perlawanan pertama, menewaskan Lopes dengan gaya sepakan penalti ala "Panenka".
Mousa Dembele hampir menyamakan kedudukan buat pelawat menerusi percubaan yang terbias pertahanan lawan, namun Barca menggandakan kelebihan mereka tidak lama selepas itu.
Hantaran menarik Arthur menemui Suarez sebelum penyerang Uruguay itu menembusi pertahanan Lyon untuk melakukan umpanan yang mudah ditolak masuk Coutinho
Lopes kemudian dilihat menitiskan air mata ketika dia terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan kepala.
Marcal bertindak cemerlang untuk mengeluarkan lambungan Messi yang hampir melintasi garisan gol dalam babak kedua sebelum Lyon menghidupkan peluang mereka menerusi jaringan pada minit ke-58.
Dengan situasi kelam-kabut di depan gawang Barca, Tousart mengawal bola untuk melakukan voli rendah yang melepasi kawalan Marc-Andre ter Stegen dan gol itu disahkan menerusi sistem video bantauan pengadil (VAR).
Jaringan itu meningkatkan keyakinan Lyon untuk bangkit, namun mereka terperangkap pada 12 minit terakhir perlawanan apabila Messi melakukan gerakan solo untuk menewaskan penjaga gol gantian pelawat, Mathieu Gorgelin.
Gorgelin kemudian tewas sebanyak dua kali lagi di penghujung saingan dengan Messi kekal memegang watak utama dalam membatu jaringan Pique dan Dembele.