Gaizka Mendieta berkata Lionel Messi tidak memerlukan Piala Dunia untuk diklasifikasikan sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.
Bintang Barcelona itu dilihat sebagai pemain ikonik dalam bola sepak tetapi kejayaan di pentas antarabangsa seperti jauh untuk digapainya.
Messi menjulang sembilan gelaran LaLiga, enam Copa del Rey dan pemenang empat kali Liga Juara-Juara (UCL) sejak membuat penampilan sulung buat Barca pada 2004.
Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu hanya meraih pingat naib juara dalam kejohanan utama -- termasuk di Brazil empat tahun lalu.
Sesetengah pengkritik melihat Messi tidak memiliki aura yang sama seperti Pele dan Diego Maradona sehingga dia membawa pulang kejuaraan buat negaranya tetapi Mendieta tidak bersetuju dengan hujah itu.
"Anda tidak memerlukan gelaran Piala Dunia untuk menjadi yang terbaik.
"Messi telah menunjukkan tahun demi tahun tahap permainan yang tertinggi kepada mata dunia. Kami tidak perlu melihat dia memenangi Piala Dunia untuk mengaguminya.
"Dia dalam kalangan yang terbaik sepanjang zaman.
Piala Dunia Russia berkemungkinan menyaksikan penantian Messi untuk menjulang kejuaraan di pentas antarabangsa.
"Saya menyokong Sepanyol tetapi saya tetap akan memberikan sokongan kepada Messi kerana kami memiliki hubungan yang rapat ketika saya menyarung jersi Barcelona."