Remuk hati Lionel Messi apabila Presiden Barcelona, Joan Laporta, mendedahkan bahawa dia berharap pemenang Ballon d'Or enam kali itu akan bermain secara percuma di Camp Nou.
Messi meninggalkan Barcelona pada Ogos lalu selepas menghabiskan keseluruhan karier profesionalnya bersama kelab itu sejurus kontraknya tamat pada akhir Jun lalu.
Jaguh Sepanyol itu menjangka Messi akan menandatangani kontrak baru tetapi LaLiga bertindak menyekat mereka daripada berbuat demikian kerana enggan membenarkan Blaugrana mencemari peraturan had gaji yang ditetapkan.
Disebabkan mengalami kerugian €480 juta (RM2.3 bilion) sepanjang tahun kewangan sebelumnya sekali gus meningkat hutang mereka kepada €1.4b (RM6.7b), ia menyaksikan had gaji Barca dikurangkan sebanyak €280j (RM1.3b) untuk musim ini.
Ia menyebabkan mereka mempunyai had perbelanjaan sebanyak €97j (RM466.8j) sahaja, sebaliknya seteru ketat, Real Madrid, memiliki had setinggi €739j (RM3.5b) malah kelab Catalan itu memiliki bajet yang lebih kecil daripada lima kelab lain.
Oleh itu, Barca terpaksa mengurangkan perbelanjaan gaji mereka dengan drastik.
Biarpun Messi bersetuju memotong separuh daripada gajinya, ia tetap mustahil untuk mengekalkannya lalu membolehkan Paris Saint-Germain (PSG) mengatur langkah mereka.
Bulan lalu Laporta mendedahkan walaupun dia tidak marah dengan Messi, dia sebenarnya menaruh harapan pada saat-saat akhir untuk Messi mengatakan sudi bermain secara percuma, justeru komen itu amat mengguris perasaan ketua pasukan Argentina tersebut.

"Sebenarnya, seperti yang saya jelaskan selepas saya angkat kaki, saya melakukan segala yang mungkin untuk kekal," kata Messi kepada Sport.
"Saya langsung tidak pernah diminta untuk beraksi secara percuma.
"Saya diminta untuk memotong gaji sebanyak 50 peratus dan saya melakukannya tanpa sebarang masalah. Kami sentiasa di kedudukan untuk membantu kelab. Keinginan dan kemahuan saya serta keluarga adalah untuk kekal di Barcelona.
“Sebaliknya tiada siapa yang meminta saya untuk beraksi secara percuma, tetapi pada masa yang sama saya rasa kata-kata presiden Barca itu tidak kena pada tempatnya.
"Mereka menyakiti saya kerana saya fikir dia tidak perlu mengatakannya, ia seperti merampas bola daripada saya dan tidak tahu tentang akibatnya.
"Ini boleh menimbulkan keraguan orang ramai terhadap saya."
Messi akhirnya memeterai perjanjian dua tahun dengan PSG untuk mendapatkan khidmatnya hingga berumur 36 tahun.