Skip to main content

Bola Sepak

Messi terima layan istimewa pengadil -- Verratti

messi_7.jpg

Marco Verratti mendakwa Lionel Messi diberi layanan istimewa oleh pengadil. 

Perancang Paris Saint-Germain (PSG) itu dibuang padang ketika bertemu Real Madrid dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara akibat kad kuning kedua.

Pemain antarabangsa Itali itu mengakui reaksinya salah, namun berasakan bintang Barcelona, Messi, pasti tidak akan dihukum jika melakukan hal yang sama.

"Saya dihukum ketika bertemu Real, kad merah itu terhasil daripada kekecewaan dan kadang-kadang pengadil mungkin perlu lebih bertolak-ansur," katanya kepada Gazzetta dello Sport.

"Jika Messi yang menuding jari ke wajah pengadil, dia tidak akan dihukum."

PSG dianggap sebagai pencabar utama di pentas Eropah berikutan ketibaan Neymar dan Kylian Mbappe.

Begitupun, juara bertahan, Madrid, membuktikan jurang di antara mereka menerusi agregat kemenangan 5-2 sementara Neymar terpinggir akibat kecederaan.

Tambah Verratti: "Kami yakin kami boleh mara tetapi insiden tertentu berlaku.

"Turun tanpa Neymar sama seperti ketiadaan Messi di Barcelona."

Advertisement

Must Watch Video