Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, berkata Lionel Messi mahu "mencuba sekali lagi" dalam bola sepak antarabangsa dengan bintang dunia itu sudah bersedia untuk menyambung kariernya dengan skuad Albiceleste itu.
Messi tidak pernah mewakili Argentina sejak Piala Dunia Russia tahun lalu, namun pemenang lima kali Ballon d'Or itu akan kembali memperkuatkan skuad kebangsaan negaranya dalam dua perlawanan persahabatan akan datang.
Kapten Barcelona itu tidak pernah menyertai skuad kendalian Scaloni tersebut sejak disingkirkan Perancis dalam pusingan 16 Piala Dunia 2018.
Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu akan terlibat dalam perlawanan menentang Venezuela dan Maghribi bulan ini.
Bercakap mengenai kepulangan Messi itu, Scaloni memberitahu wartawan: "Ia merupakan kekecewaan yang besar buat kami dalam Piala Dunia Russia dan Messi lebih terkesan dengan penyingkiran itu.
"Dia dapat melihat bagaimana pasukan ini berkembang, memerhatikan cara permainan kami dan dia amat gembira untuk mencubanya sekali lagi.
"Kami amat mengalu-alukan kepulangannya.
"Dia sudah melalui banyak perlawanan dan pemain lain pasti akan memilih untuk berehat, namun dia memilih untuk bersama kami.
"Keputusan sama ada dia akan beraksi dalam satu atau dua perlawanan itu terletak di tangan saya.
"Amat gila untuk mengatakan dia hanya akan bermain dalam satu perlawanan sahaja sedangkan kami masih mempunyai tempoh 15 hari lagi," katanya.
Messi merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Argentina dengan 65 gol, namun tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan dengan gergasi Amerika Selatan itu.
Argentina akan berdepan Venezuela di Madrid pada 22 Mac sebelum bertandang ke Maghribi empat hari kemudian.