Skip to main content

Bola Sepak

Messi kecewa, bernafsu -- Mascherano

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi-cropped_10408on9z73ry1aavvd6tzfpss.jpg
Lionel Messi kecewa dan terdesak untuk memulihkan nasib Argentina dalam Piala Dunia, kata Javier Mascherano.

Skuad Jorge Sampaoli itu sedang menghadapi ancaman bahaya penyingkiran di peringkat kumpulan di Russia selepas hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan pembukaan mereka.

Messi, 31, belum lagi menjaringkan gol atau membuat bantuan jaringan dalam kejohanan itu sementara sepakan penaltinya diselamatkan ketika seri 1-1 dengan Iceland.

Mascherano, yang melihat pasukannya harus menewaskan Nigeria pada awal pagi Rabu ini untuk memiliki peluang mara ke pusingan 16, berkata penyerang bintang itu hanya manusia biasa.

"Leo dalam keadaan baik," katanya dalam sidang akhbar.

"Tetapi secara kolektif, di mana keadaan tidak berjalan baik seperti kami mahukan, kami semua ada kekecewaan tersendiri.

"Dia manusia dan dia mempunyai kekecewaannya sendiri tetapi dia terdesak untuk mengubah keadaan ini.

"Dia mahu tunjukkan kepada dunia gambaran berbeza untuk apa kami lakukan dalam dua perlawanan pertama," katanya.

Malah, kemenangan mungkin tidak mencukupi untuk Argentina yang berada di tangga tercorot kumpulan -- di belakang Croatia (enam mata), Nigeria (tiga) dan Iceland (satu).
 

Advertisement

Must Watch Video