Lionel Messi memuji Cristiano Ronaldo dengan menganggap penyerang itu telah melakukan 'magis' ketika menjaringkan gol hatrik ke atas Atletico Madrid dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Ronaldo menyamai rekod jaringan hatrik Messi dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan melakukan yang kelapan ketika menewaskan Atletico 3-0 semalam -- kejayaan itu turut memastikan kemaraan Juve ke suku akhir hasil kelebihan agregat 3-2.
Barca menyertai Juve sebagai lapan pasukan terbaik musim ini, dengan Messi menjaringkan dua gol dan dua bantuan jaringan ketika mewaskan Lyon 5-1 di Camp Nou, awal pagi tadi.
Ketika Messi memaparkan aksi luar biasa dalam perlawanan itu, pemenang lima kali Ballon d'Or itu memuji aksi hebat yang dipamerkan Ronaldo pada hari sebelumnya.
"Terdapat banyak perkara yang saya suka tentang Liga Juara-Juara Eropah," katanya kepada Movistar.
"Semalam, Cristiano dan Juventus mengagumkan saya. Saya sangkakan Atletico pasukan yang lebih baik, namun Cristiano melakukan magis dengan menghasilkan tiga gol pada malam itu."
Pertembungan pusingan 16 di antara Barca dan Lyon berlangsung sengit selepas perlawanan pertama di Perancis bulan lalu berakhir tanpa jaringan.
Barca menjaringkan lima gol untuk menyingkirkan Lyon, namun ia tidak berlangsung lancar buat juara LaLiga itu yang mendahului 2-0 dalam tempoh 31 minit pertama perlawanan hasil gol Messi dan Philipe Coutinho.
Mereka kemudian dibolosi dengan jaringan Lucas Tousart dalam babak kedua.
Bagaimanapun, Barca memastikan kemaraan mereka menerusi tiga gol dalam lapan minit terakhir perlawanan menerusi jaringan Messi, Gerard Pique dan Ousmane Dembele.
"Kami menyukarkan diri dengan satu gerakan 'set-piece'," tambah Messi.
"Kami berdepan beberapa minit yang menggusarkan, namun selepas keputusan 3-1, segala-galanya kembali terkawal.
"Kami menantikannya sejak dari awal permainan dan apabila kami menjaringkan gol, kami menguasai bola dengan lebih baik.
"Kami mengawalnya dengan tenang dalam versi yang terbaik," katanya.