LALIGA
Messi jaringkan gol ke-500 untuk Barcelona
Lionel Messi mengambil masa yang tepat untuk menjaringkan golnya yang ke-500 dalam aksi kompetitif buat Barcelona dengan penyudah pada masa kecederaan bagi menentukan kemenangan 3-2 dalam perlawanan El Clasico ke atas Real Madrid di Santiago Bernabeu.
Bintang Argentina itu sudah menjaringkan satu gol dalam perlawanan yang dinanti-nantikan awal pagi tadi, menyamakan kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama selepas gol pembukaan Casemiro buat Madrid.
Messi kemudian menyumbang satu lagi gol pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan 3-2 yang membawa Barcelona ke tangga teratas liga.
Iklan
Messi menjaringkan gol pertama untuk skuad senior Barca ketika menentang Albacete di Camp Nou pada 1 Mei 2005, apabila dia melambungkan bola untuk menewaskan penjaga gawang, Raul Valbuena, selepas menerima hantaran daripada Ronaldinho.
"Saya membuat bantuan gol. Ketika itulah legenda itu bermula," kata legenda Brazil, Ronaldinho.
Messi menjaringkan 343 gol dalam LaLiga, 94 dalam Liga Juara-Juara Eropah, 43 dalam Copa del Rey, 12 dalam Supercopa de Espana, lima dalam Piala Kelab Dunia dan tiga dalam Piala Super UEFA.
Dia berada enam gol di belakang Cristiano Ronaldo dalam pertandingan utama Eropah, selepas bintang Real Madrid itu melakukan jaringan dalam Liga Juara-Juara menerusi hatrik untuk membantu skuadnya menewaskan Bayern Munich 4-2.
Must-Watch Video