Legenda Argentina, Diego Maradona, mempertahankan Lionel Messi selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti berdepan Iceland dalam aksi pembukaan Piala Dunia, kelmarin.
Bintang Barcelona itu bergelut dalam aksi pembukaan itu di samping gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Argentina seri 1-1 dengan pendatang baru Piala Dunia, Iceland.
Messi melakukan 11 percubaan tanpa menjaringkan sebarang gol -- mencipta rekod baru buat Argentina dalam Piala Dunia dan menjadi perbualan hangat selepas tamat perlawanan.
Maradona, yang mengkritik pendekatan Jorge Sampaoli atas keputusan seri itu, percaya Messi tidak sepatutnya memikul beban di atas keputusan mengecewakan itu.
"Saya tidak menyalahkan pemain-pemain," kata Maradona.
"Messi telah menampilkan usaha terbaik di atas padang.
"Saya gagal menyempurnakan lima sepakan penalti dan saya masih lagi Diego Armando Maradona. Saya tidak berasakan Messi adalah punca Argentina tercicir mata," katanya.
Maradona, yang sebelum ini mengendalikan La Albiceleste, menyelar bekas pengendali Chile dan Sevilla itu di atas aksi hambar yang dipamerkan.
"Jika beliau meneruskan perkara ini, Sampaoli mungkin tidak akan kembali ke Argentina," katanya.
"Perancangannya amat memalukan. Walaupun pemain-pemain Iceland rata-rata memiliki ketinggian 1.90m, kami banyak bermain hantaran tinggi. Argentina kurang bermain dengan hantaran rendah.
"Saya tidak menyalahkan pemain. Saya menyalahkan persiapan yang kurang dan ia adalah punca kami gagal melakar kemenangan.
"Anda mampu membawa 25 pemain terbaik tetapi anda gagal bekerjasama dengan mereka. Kami dapat melihat taktikal Iceland lebih lancar daripada Argentina dan ia adalah sesuatu yang memalukan."