Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Messi berterima kasih kepada penyokong Betis

lionel-messi.jpg
Lionel Messi berterima kasih kepada penyokong Real Betis yang memberikan penghormatan selepas dia menjaringkan hatrik buat Barcelona, awal pagi tadi.

Messi melengkapkan hatriknya yang ke-33 dengan lambungan gemilang yang menewaskan Pau Lopez untuk memutlakkan kemenangan 4-1 Barca ke atas Betis di Stadium Benito Villamarin.

Kapten Barca itu menerima sambutan luar biasa daripada penyokong tuan rumah, yang berdiri untuk memberikan penghormatan terhadap aksi berkemahiran hebat yang dilakukan penyerang Argentina itu.

"Secara jujurnya, saya tidak ingat (sama ada pernah berlaku sebelum ini)," katanya kepada Movistar selepas melakukan hatrik yang ke-33 dalam LaLiga.

"Saya bersyukur terhadap respons yang diberikan penonton. 

"Setiap kali kami hadir ke stadium ini, mereka melayani kami dengan baik, amat bersyukur dan gembira dengan kemenangan kami.

"Ia gol yang hebat, namun apa yang penting adalah kami memperoleh tiga mata.

"Ia peluang terbaik untuk kami melebarkan penguasaan.

"Selepas kami tahu Atletico Madrid tewas tewas semalam, kami tidak boleh gagal," katanya.

Barca hanya memperoleh 43.9 peratus penguasaan permainan -- rekod terendah mereka sejak direkodkan Opta pada musim 2004-05.

"Kami berdepan lawan yang mengawal bola dengan baik," tambah Messi.

"Secara taktikalnya, ia amat sempurna dan menyukarkan lawan.

"Kami perlu menyesuaikan diri. Ada ketika dalam perlawanan yang memerlukan kami bersedia untuk segala-galanya dan perkara baik akan tiba."

Skuad kendalian Ernesto Valverde itu hampir pasti untuk mempertahankan kejuaraan mereka musim ini selepas mendahului carta liga dengan kelebihan 10 mata, namun Messi tidak mahu mengambil mudah cabaran itu.

"Ia bergantung kepada kami, masih belum ada apa-apa yang sudah ditentukan.

"Kami mempunyai kelebihan yang besar, namun masih banyak mata untuk direbut.

"Kami perlu bermain seperti biasa tanpa melepaskan apa-apa," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video