Lionel Messi direhatkan apabila Paris Saint-Germain (PSG) bertemu Monaco awal pagi esok sambil pengurus, Christophe Galtier, berkata bintang Argentina itu akan kembali untuk pertembungan penting Liga Juara-Juara (UCL) dengan Bayern Munich, minggu depan.
Messi digandingkan dengan Neymar untuk membentuk serangan ketika PSG disingkirkan oleh musuh ketat, Marseille, dalam Coupe de France tatkala Kylian Mbappe diulit masalah hamstring.
Selepas PSG mengumumkan bahawa kecederaan itu boleh menyebabkan Mbappe tersisih untuk pertemuan pertama pusingan 16 UCL menentang Bayern, khidmat Messi juga diragui akibat masalah serupa.
Bagaimanapun, Galtier meredakan kebimbangan bahawa Messi mungkin terlepas pertemuan dengan gergasi Bundesliga itu, Rabu depan, sekalipun pemenang Piala Dunia di Qatar berkenaan dijangka tidak akan menyertai lawatan PSG ke Monaco untuk perhitungan Ligue 1.
"Leo berasakan keletihan di bahagian ototnya, dia akan menyambung semula latihan pada Isnin.
"Dia belum pasti diturunkan untuk menghadapi Bayern," kata pengurus itu dalam sidang akhbar pra-perlawanan tengah malam ini.
"Kami sedar kepentingan Leo untuk corak permainan kami. Berikutan ketiadaannya, kami perlu bermain dengan cara yang berbeza dalam usaha mempunyai struktur pasukan yang lebih mantap, lebih padat, untuk menggunakan satu sama lain.
"Jelas sekali, pergi ke Monaco tanpa Leo sentiasa menjengkelkan."

10 - Players with at least 10 goals and 10 assists in the Top 5 European leagues this season:
— OptaJean (@OptaJean) February 4, 2023
?? Neymar ⚽️12 ?️10
?? Lionel Messi ⚽️10 ?️10
DoubleDouble. pic.twitter.com/JHEK323eXC