Lionel Messi akan memberi respons pada masa yang diperlukan Argentina dalam perlawanan Piala Dunia menentang Nigeria di Stadium Saint Petersburg, awal pagi nanti, kata jurulatih, Jorge Sampaoli.
Messi terlepas sepakan penalti ketika pasukannya seri 1-1 dengan Iceland dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D dan gagal menyerlah ketika mereka tewas 3-0 menentang Croatia, minggu lalu.
Ia bermakna Argentina mesti menundukkan Nigeria -- mereka telah melakukannya empat kali sebelum ini dalam Piala Dunia -- untuk mengekalkan sebarang harapan mereka di Russia 2018.
"Saya fikir perlawanan itu rumit untuk Leo, struktur perlawanan tidak memihak kepadanya dan dia tidak mendapat banyak bola dari tengah," kata Sampaoli dalam persidangan berita sebelum perlawanan.
"Jika dia menerima bola kurang daripada biasa, ia kerana Argentina tidak menguasai perlawanan seperti yang kami lakukan menentang Iceland.
"Kami akan cuba memperbaiki dan kami pasti ia tidak akan berlaku esok.
"Untuk kebaikan Argentina, saya yakin Lionel Messi akan menyentuh bola lebih banyak daripada perlawanan sebelum ini," tambahnya.
Sampaoli enggan mengesahkan siapa yang akan membarisi kesebelasan utama tetapi dijangka akan membuat perubahan besar, termasuk menggunakan khidmat pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria, dan penyerang Juventus, Gonzalo Higuain.