Pablo Zabaleta yakin bahawa Lionel Messi akan menampilkan aksi terbaik buat Argentina dalam aksi terakhir Kumpulan D saingan Piala Dunia berdepan Nigeria, awal pagi esok.
Argentina perlu menewaskan Nigeria dan berharap Croatia meraih kemenangan ke atas Iceland untuk memastikan La Albiceleste mara ke pusingan kalah mati.
Messi gagal menyempurkan sepakan penalti ketika bertemu Iceland manakala percaturan pengendali pasukan, Jorge Sampaoli, memakan diri apabila ditewaskan Croatia 3-0.
Zabaleta berasakan Messi tidak mendapat sokongan daripada rakan sepasukan Argentina dan berharap dia mampu menampilkan aksi lima bintang di St Petersburg.
"Saya berasakan tanggungjawab yang berat harus dipikul Messi ketika bersama Argentina. Tekanan yang terlalu tinggi perlu dihadapinya seorang," kata Zabaleta.
"Pasukan telah tewas tiga kali dalam perlawanan final -- Piala Dunia 2014 dan Copa America 2015 dan 2016.
"Di Argentina, ia masih tidak mencukupi. Sesetengah pihak hanya mahu melihat anda menjuarainya -- mara ke final masih tidak cukup.
"Tewas tiga kali dalam empat tahun merupakan sesuatu yang memenatkan mental dan psikologi buat semua pemain dalam pasukan, terutama sekali buat Messi.
"Sukar kerana di negara sendiri, anda dianggap sebagai seorang yang tidak bagus. Mereka melihat Messi menjuarai gelaran setiap musim bersama Barcelona dan mahu melihat perkara yang sama bersama skuad kebangsaan.
"Saya yakin dia mampu menepis semua tekanan ini dan menampilkan persembahan yang terbaik ketika berdepan Nigeria. Ia merupakan peluang terakhir buatnya, buat setiap pemain."