Skip to main content

Bola Sepak

Mereka orang luar, tidak peduli maruah negara -- bekas pemain

azlan-johar.jpg
Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar, meluahkan rasa kecewa dengan kemelut yang sedang melanda bola sepak negara melibatkan dakwaan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan.

Bekas penyerang itu, yang pernah bergandingan dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari pada era 80an, berpandangan kemelut itu berlaku gara-gara pasukan negara terlalu mudah percaya dan tidak berhati-hati dengan pembabitan ejen dari luar.

Menurutnya, pelantikan ejen merupakan satu perkara yang positif tetapi bukan dengan kepercayaan 100 peratus.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, dia berkata: "Melantik ejen merupakan satu perkara positif tetapi apabila kita melantik ejen, kita tidak boleh memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka.

"Kerana ejen yang kita sedia ketahui ini orang luar, mereka tidak peduli mengenai maruah dan apa yang berlaku ini melibatkan maruah negara kita.

"Saya harap, kepada semua yang melibatkan diri dengan ejen dalam bola sepak, sila dan harus berwaspada.

"FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sebagai tonggak bola sepak negara, kewaspadaan mereka perlu menjadi contoh terbaik untuk diikuti semua pihak."

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada hujung bulan lalu menggantung 12 bulan tujuh pemain warisan negara, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, atas dakwaan pemalsuan dokumen.
 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut Puma KING ULTIMATE FG/AG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found