Cesar Luis Menotti "bimbang" jika Lionel Messi bakal diturunkan untuk Argentina berdepan Venezuela dalam aksi persahabatan esok.
Messi bakal kembali menyarung jersi skuad Argentina selepas terlepas aksi antarabangsa sejak saingan Piala Dunia Russia tahun lalu.
Bintang Barcelona itu berada di tahap terbaik, menjaringkan enam gol dalam tiga perlawanan untuk kelabnya itu, termasuk hatrik yang diledak berdepan Real Betis.
Tetapi Menotti, jurulatih yang memimpin Argentina menjuarai Piala Dunia pada 1978 dan kini merupakan pengarah skuad kebangsaan itu, bimbang dengan tahap kecergasan Messi.
"Saya agak takut jika Messi beraksi," katanya.
"Saya melihat dirinya agak kepenatan selepas berhempas-pulas untuk Barcelona.
"Jika dia mahu bermain untuk Argentina, bagus."
Argentina akan berdepan Venezuela esok sebelum bertemu Maghribi empat hari berikutnya.