Skip to main content

Bola Sepak

'Menang liga tapi saya sangat menyesal'

nasri.jpg
Bekas pemain Arsenal, Samir Nasri, meluahkan kekecewaannya menyarung jersi Manchester City meskipun merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekitar 13 tahun lalu. 

Perkongsian itu diceritakan rakan senegaranya, Patrice Evra, dalam satu audio siar (podcast) yang tular di TikTok. 

Katanya, bekas pemain kebangsaan Perancis itu membuat keputusan salah sehingga menjadi antara penyesalan terbesar dalam hidupnya selepas berpindah keluar daripada The Gunners. 

Ketika kontraknya bersama skuad kendalian Arsene Wenger waktu itu kian berakhir dan Nasri menginginkan cabaran baharu, dia memilih untuk menyertai Manchester City berbanding Manchester United walaupun sudah mengadakan perbincangan bersama Sir Alex Ferguson. 

"Dia telah melakukan kesilapan besar. 

"Ayahnya turut meyakinkannya bahawa The Red Devils adalah kelab paling sesuai dan dia tidak perlu pergi ke mana-mana.

"Samir Nasri telah bersetuju segala terma dan syarat," katanya. 

Evra yang cuba menghubunginya ketika pramusim terpaksa menerima hakikat bahawa kawan baiknya itu tidak akan bersamanya kerana memilih haluan berbeza. 

Jelas Evra, tawaran lumayan daripada Manchester City telah mengaburi mata Nasri.

"Saya mahu mengadakan latihan sewaktu pramusim dan mempelawa Nasri untuk bersama-sama bersedia menghadapi musim baru.

 
@king.of.africa777 The biggest mistake is when he sign for City #patriceevra #manchestercity #siralexferguson #samirnasri #miralemhy7 ♬ original sound - ?MIRALEM HY7??


"Tetapi dia tidak menjawab panggilan saya.

"Ferguson menelefon saya dan berkata Nasri tidak akan ke United dan saya tidak mempercayainya.

"Nasri menghantar satu mesej ringkas bahawa dia telah menyertai City dengan gaji lebih besar.

"Dan, saya mengucapkan selamat maju jaya terhadapnya," tambahnya.

Tamat musim itu, The Cityzen bergelar juara EPL tetapi satu kenyataan yang dikeluarkan Nasri mengejutkan Evra.

"Awak membuat keputusan yang tepat.

"Dia kemudiannya membalas dengan penyelasan memberitahu dia membuat satu kesilapan.

"Patrice, saya sepatutnya menandatangani bersama United. 

Kini, Samir, 38, telah bersara dan meninggalkan legasi besar apabila mewarnai EPL dengan bakat tersendiri dan memenangi beberapa kejohanan domestik. 
 

Advertisement

Must Watch Video