Skip to main content

Bola Sepak

Menang, atau lupakan Piala Dunia lebih awal!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

400624870_1044606129945956_393279456134358602_n.jpeg
Masih meniti di bibir penyokong Harimau Malaya akan kejayaan dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Kyrgyzstan tempoh hari. Pastinya menjadi satu momen indah buat seluruh peminat bola sepak Malaysia terutamanya bagi mereka yang turun ke stadium untuk menyaksikannya di depan mata sendiri.

Namun, usah terbuai-buai akan kemanisan tersebut kerana aksi yang seterusnya menentang Chinese Taipei, 21 November ini akan menjadi titik penentu perjuangan Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Dunia. Ini apa yang disuarakan oleh pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon apabila memberitahu dalam satu sidang media selepas perlawanan tempoh hari.

'Jika kita tidak berjaya mendapatkan tiga mata, (menentang Chinese Taipei) kita tidak layak beraksi di pusingan ketiga. Jadi kita perlu berjuang untuk itu' katanya.

Perlawanan ini pastinya akan menjadi lebih hangat kerana tumpuan pastinya akan diberikan memandangkan tekanan yang akan dirasai seluruh pemain dan staf kejurulatihan kerana beraksi di tempat lawan bukanlah sesuatu yang mudah. 

Bagi seluruh rakyat Malaysia, jangan ketinggalan menyaksikan aksi ini di Astro Arena saluran 803 dan live streaming di aplikasi Astro GO.

Advertisement

Must Watch Video