Yaya Toure percaya membimbing Manchester City hingga menjuarai Liga Juara-Juara Eropah akan menjadi pencapaian terbesar Pep Guardiola sebagai seorang pengurus.
City berkunjung ke Monaco, Rabu ini, dengan mendahului perlawanan pertama 5-3 dan sebelah kaki berada dalam peringkat separuh akhir.
Guardiola meraih semua jenis kejohanan sepanjang kerjayanya, memenangi 14 trofi di Barcelona -- termasuk dua gelaran Liga Juara-Juara -- dan tujuh di Bayern Munich.
Tetapi, membawa City ke kemuncak di pentas Eropah akan menjadi agenda terbaik, kata pemain tengah veteran, Toure.
"Saya fikir ini boleh menjadi pencapaian terbesar Pep (Guardiola)," kata Toure. "Ia adalah ujian yang paling besar. Tetapi lelaki ini sukakan cabaran -- dan begitu juga dengan pemain. Jadi, ia adalah baik.
"Pasukan ini begitu muda. Kami sudah mempunyai pemain yang baik tetapi kini Pep membawa masuk pemain muda dan ia begitu mendesaknya.
"Tetapi ia mula berasa seperti sesuatu yang besar sedang berlaku di City. Peminat rasa, semua orang berasakannya.
"Kami mendapat mentaliti kemenangan di Eropah dan bermain dengan baik."
"Apabila kami bermain seperti yang kami lakukan terhadap Monaco, kami menghampiri pasukan hebat seperti Real Madrid, Barcelona dan Bayern. Kami tidak boleh bermimpi tentang apa-apa lagi kerana kami masih mempunyai perlawanan kedua untuk bermain," kata Toure.
"Tetapi jika anda bertanya kepada peminat, mereka percaya. Anda melihat reaksi mereka ketika menentang Monaco."
City layak ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Middlesbrough 2-0, malam tadi, ketika skuad Guardiola berada di tangga ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris, 10 mata di belakang pendahulu, Chelsea.