WAJAR atau tidak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didapati bersalah atas tuduhan pemalsuan dokumen pengenalan tujuh pemain warisan meneruskan rayuan sehingga ke peringkat Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS)?
Sesungguhnya itu adalah hak FAM.
Dalam tempoh 10 hari selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan FAM terhadap hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan terhadap tujuh pemain berkenaan, FAM diberi ruang memohon alasan penghakiman. Seterusnya FAM ada 21 hari untuk membawa kes ke CAS.
Di saat ini, FAM tetap menaruh harapan ada sedikit sinar untuk CAS mengurangkan hukuman FIFA yang dikenakan terhadap Gabriel Palmero, Joao Figueiredo, Hector Hevel, Jon Irazabal, Facundo Garces, Imanol Machuca dan Rodrigo Holgado.
Dalam usaha meyakinkan anggota CAS, FAM harus bijak melaksanakan beberapa langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan risiko berdepan bencana lebih besar.
Dengan pengalaman yang ada pada peguam Serge Vittoz, FAM dijangka mengemukakan strategi berikut sebagai faktor mitigasi kepada CAS, dengan menunjukkan bahawa hukuman asal adalah "jelas dan keterlaluan tidak sepadan dengan kesalahan”.
Selain itu, Vittoz dijangka menyusun strategi berikut:
• Semakan de novo: CAS menjalankan semakan penuh terhadap fakta dan undang-undang, bukan sekadar semakan terhadap keputusan terdahulu. Ini membolehkan pihak perayu mengemukakan hujah dan bukti baharu sebagai faktor mitigasi.
• Hujah berkaitan kesepadanan hukuman: Inti strategi ini adalah untuk berhujah bahawa FIFA tidak mengambil kira keadaan khusus yang boleh membenarkan pengurangan hukuman, sekali gus melanggar prinsip kesepadanan.
• Memberi konteks terhadap kesalahan: FAM perlu memberikan penjelasan dan bukti terperinci untuk meletakkan kesalahan yang didakwa dalam konteks yang betul, dengan tujuan mengurangkan impak terhadap kesalahan.
• Menunjukkan niat baik atau ketiadaan kesalahan: Mengemukakan bukti berlaku salah faham yang tulen, kesilapan pentadbiran (yang telah diperbetulkan), atau ketiadaan kecuaian besar boleh menjadi faktor mitigasi yang kukuh.
• Mengambil langkah pembetulan: Mengambil tindakan terhadap pihak yang bersalah, misalnya tindakan menggantung pegawai seperti Setiausaha Agung atau anggota pengurusan pasukan kebangsaan.
Namun dalam tempoh menunggu proses perundangan ini, Jawatankuasa Tribunal Bolasepak FIFA dijangka bersidang untuk membincangkan status kelayakan tujuh pemain terbabit.
Janganlah nanti musibah lebih berat menunggu FAM.
Sementara menunggu proses ini, barangkali wajar FAM menghubungi Tan Sri Cecil Abraham, pakar undang-undang tempatan yang juga anggota penimbangtara dalam CAS, untuk mendapatkan sedikit pandangan dan nasihat.