Skip to main content

Bola Sepak

Melaka United ubah percaturan hilang dua pemain

zainal-abidin-hassan.jpg
Melaka United tidak panik sekalipun kehilangan beberapa tonggak apabila Zainal Abidin Hassan sudah merangka strategi untuk bertemu Kelantan United apabila menyambung perjuangan Piala Malaysia, malam esok. 

Ketua jurulatih itu tetap mengintai tiga mata bagi meneruskan rentak dua kemenangan terdahulu bagi meneruskan penguasaan di takhta Kumpulan C sekalipun terpaksa melupakan khidmat dua anak buahnya. 

Ia selepas Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman dan Faizal Talib, yang masing-masing menggalas amanah di bahagian penyerang dan benteng, terpaksa direhatkan akibat kecederaan. 

"Melaka masih belum selamat walaupun kami mengutip mata penuh dalam dua perlawanan. 

"Apa yang penting kami perlu menang apatah lagi akan bermain di tempat sendiri esok. 

"Itulah misi kami tetapi kami sudah bersedia untuk mendapatkan pengganti dua pemain ini untuk menjalankan tugas," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video