Skip to main content

Bola Sepak

Melaka sedia dirombak demi kebaikan pasukan -- Presiden Melaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka-new.jpg
Jurulatih Melaka, K. Devan, berdepan risiko menjadi pengendali pertama direhatkan musim ini apabila nasibnya akan ditentukan berdasarkan dua perlawanan seterusnya.

Presiden Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad, menegaskan dia tidak teragak-agak membuat rombakan barisan kejurulatihan jika perlu melakukannya demi kebaikan pasukan.

Segera memperbaiki prestasi pasukan atau mengucap selamat tinggal.

Barisan kejurulatihan skuad Hang Tuah diberi amaran untuk segera mengubah nasib pasukan yang kini bergelut dengan prestasi hambar.

Pendatang baru Liga Super itu gagal mencatatkan sebarang kemenangan sebaliknya sekadar melakar tiga keputusan seri daripada enam perlawanan.

Terbaru, mereka dibelasah 0-4 bertemu Terengganu di tempat lawan, beberapa hari selepas disingkirkan penang dalam aksi pusingan 16 Piala FA.

Azmi meluahkan rasa kecewa kerana pihak pengurusan tetap komited memastikan kebajikan pemain terjaga menerusi pembayaran gaji dua kali dalam tempoh sebulan.

Tiada pilihan, barisan pemain Melaka perlu bangkit untuk mengelak nasib sama yang dialami Anderson Brito dan Charles Dabao yang sudah digugurkan.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video