Penjaring gol kemenangan Selangor, Hugo Boumous, tanpa berselindung mengakui dia dan rakan sepasukan perlu melipat gandakan usaha jika berhasrat kekal dalam saingan perebutan saingan Liga Super musim ini.
Tonggak kelahiran Perancis itu mengakui jaringan sulung peribadi yang diraih pada minit ke-16 perlawanan itu mampu melonjakkan motivasinya dalam usaha bantu The Red Giants memburu sasaran yang ditetapkan musim ini.
Untuk rekod, Boumous telah beraksi dalam enam perlawanan liga musim ini dengan mencetak satu jaringan serta dua bantuan jaringan setakat ini.
"Kami dapat teruskan momentum, teruskan rentak kemenangan dengan enam kemenangan berturut-turut, bagus buat menambah keyakinan kami.
"Malam ini kami perlu lebih banyak mengawal permainan, Selangor perlu lebih baik, kami bekerja keras setiap hari untuk melakukannya.
"Kami meraih tiga mata dan teruskan, jika kami mahu tamatkan saingan di kedudukan teratas kami perlu capai tahap terbaik." katanya.